468x60

aku rangkumkan semua

Wednesday, September 9, 2009
terlalu banyak jika mau di ceritakan perkara-perkara yg berlaku selama aku tak update blog nie, bukan aku tak mahu update tapi nafsu untuk berblogging sudah tidak seperti dulu ketika aku mula kenal blog. Ada cerita baru, ada cerita lama.. ada cerita sedih dan juga berita gembira...aku yang dalam dilema dlm menentukan arah tujuku slanjutnya...jika digabungkan semua serasa tidak cukup 24jam sehari semalam yang aku ada.....
aku ada kawan, sahabat dan kawan baik.... bagi aku ada bezanya di antara 3 perkataan tersebut...aku ada ramai kawan dan sahabat....sebaliknya hanya segelintir sahaja yg menjadi kawan baik ku....sudah tentulah yg jadi kawan baik ku sudah lama berdiri disisi ku, kawan semenjak sekolah rendah lagi hingga kini.....


pepatah ada berkata masakan pokok bergoyang jikalau tidak angin yang meniupnya....sebelum ini berita tentang @#$%^ dah lame ku dengar tapi firasat aku mengatakan masakan die sanggup berbuat demikian...kerana bagi aku walau tidak seberapa sebulu, sehati & sejiwa, sehati berdansa....tetapi aku masih menganggap die antara sahabat yg aku percaye di sini.....bukan itu sahaja, mukanya yang polos sesuci embun pagi hiperbolanya...hehehhee...sangat tidak menjangkau dek akal aku untuk berfikir die bertindak sedemikian rupa....

tipu la jika aku kata tidak bengang & terasa menbangangkan diri sendiri rupanya selama ini kat depan die lepas tahu kebenaran cerita tersebut...bak kata Helmi Razali...aku bukan malaikat mahupun pari-pari, bidadari, bidadara & sewaktu dengannya....tipu juga la kalau aku tidak menangis, aku seorang perempuan yang memang lahir dengan natural sifat nangis melainkan tiba-tiba aku bertukar jantina kepada lelaki...boleh la dipertimbangkan....

penat aku memikirkan apa tujuan, sebab, mengapa, kenapa....segala macam bentuk persoalan timbul dalam otak & benak ku.....tapi masih aku seorang manusia biasa yang tidak boleh membaca fikiran & hati manusia...lain la aku ialah clark kent kah, sudah tentu sudah ku baca fikirannya....aku beranggapan

suara hati kiri: "ohhh..mungkin die sudah tidak mau berkawan dengan aku, lagipun die memang tidak sukakan aku dari mula lagi "..

suara hati kanan: "mana kau tahu die tidak suka kamu???"

suara hati kiri:"aku tidak lah sebodoh lembu untuk tidak memahami pergerakan & bahasa isyarat pergerakan badan yang ditunjukkan..."


aku semakin pelik bila kau timbulkan 1 cerita tentang aku dan ceritakan pada orang lain...kau tahu apa jadi seterusnya, konsikuensinya tidak payah ku jelaskan kerana kau lebih jelas berbanding aku....
.bagi aku cerita itu sangat la tidak logik, aku dah jalankan survey berkenaan apa yang kau gambarkan tentang aku kepada sahabat-sahabatku yang lain....hasilnya sangat bertitik tolak belakang dengan apa yang telah kau katakan....bukan hendak mendabik dada cuma....mahu bertanya apa bukti yang kau ada untuk mempertahankan yang kau ada....bukti untuk diri aku sendiri sudah aku kumpulkan....pepatah melayu ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tidak boleh ditarik kembali....

Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat,
kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi...

sedikit sebanyak perkara ini mempengaruhi keputusan aku kelak untuk pengajian ku yang seterusnya.... aku sudah pasti dengan keputusan yang aku buat.... yg pasti disini bukan la jawapan ku....bukan aku hendak membuang terus kenangan di sini tapi lebih kepada untuk tidak mahu mengingat perkara sebegini....luka yang ada walau telah sembuh, pasti ada parutnya.... untuk memaafkan aku boleh lakukan tapi untuk melupakan aku takut tidak boleh melupakan...

yang datang itu pasti pergi....dan yang pergi pasti kembali...jika tidak pengganti itu pasti.....mungkin itu yang terbaik buat aku...
wallallahulam

notakaki:: aku hanya perantauan di negeri orang lain.....yang menumpang dibawah 1 nama....tapi aku tetap sarawakrian...

0 orang: